GAMBAR KELAS 2017

GAMBAR KELAS 2017

Terkini - Pejabat Pendidikan Manjung



Tuesday, July 27, 2010

[TUTORIAL] Memasang Tulisan Jawi pada komputer

Atas permintaan Ustazah Aini, di sini saya menunjukkan manual pemasangan tulisan jawi pada komputer.

1. Klik START > CONTROL PANEL
2. Klik REGIONAL AND LANGUAGE OPTIONS
3. Paparan seperti dibawah akan muncul. Pilih Languages > Details


 4. Pilih Input Language ARABIC (Saudi Arabia)
 

5. Dan pastikan anda memilih Keyboard Layout ARABIC 101 dan klik OK



6. Paparan seperti ini akan muncul dan klik APPLY



7. Anda bolehlah mula menggunakan tulisan jawi anda sekiranya anda nampak taskbar anda seperti gambar dibawah.

8. Pastikan anda memilih ENGLISH setelah selesai membuat kerja anda. :)

pssst: setelah meng'google' saya terjumpa laman web ini Ejawi. Laman ini mempunyai perisian percuma dan lagi senang. tak payah nak setting bagai..:)

Thursday, July 22, 2010

LATAR BELAKANG SEKOLAH KEBANGSAAN GELONG GAJAH



            Sekolah Kebangsaan Gelong Gajah, terletak di antara Beruas dengan Ayer Tawar dalam Daerah Manjung (dahulunya dikenali sebagai Daerah Dingdings, Perak. 7 batu dari Beruas dan 9 batu dari Pekan Ayer Tawar.
            Pada mulanya, sekolah ini telah dinamakan dengan Sekolah Melayu Kampung Kedah kerana pendatang yang mula menduduki kampung ini kebanyakannya datang dari Negeri Kedah, dan sebahagiannya dari  Negeri Perlis, Kelantan dan Utara Negeri Perak.
            Dalam tahun 1961 Sekolah ini telah ditukar namanya ke Sekolah Kebangsaan Gelong Gajah . Nama Gelong Gajah diambil kerana terdapat gelong-gelong atau denai tempat dilalui oleh Gajah ketika mula-mula kampong ini dibuka dahulu. Nama Sekolah Kebangsaan Gelong Gajah Kekal hingga ke sekarang.
            Dalam tahun 1951, penduduk-penduduk di Kampung Kedah ini yang bekerja sebagai petani, telah mula berminat untuk mendirikan sebuah sekolah. Ia telah dipelopori oleh Datuk Temenggung Haji Wan Kamaruddin, orang Besar Jajahan Dindings, ketika itu dibantu oleh Tuan Hj. Musa bin Mat, Encik Hashim bin Ibrahim dan Tok Saad Siak.
            Pada akhir tahun 1951 sebuah bangunan sekolah berupa bangsal dengan kayu-kayu bulat beratap rumbia dan berdinding tepas telah didirikan dengan cara bergotong royong oleh penduduk Kampung Kedah. Diantara orang-orang yang bergotong royong mendirikan bangunan itu adalah seperti berikut:
  1. En. Abd Jabar bin Ahmad
  2. En. Awang bin Mat
  3. En. Abdul Hakim bin Alias
  4. En. Osman bin Salleh
  5. En. Kasim bin Jabar
  6. En. Yaakub bin Puteh
  7. En. Salleh bin Ismail
  8. En. Alias bin Salleh
  9. En. Omar bin Ismail
  10. Tn. Hj. Baharum bin Mustafa
  11. En. Khalid bin Said
  12. Tn. Hj. Saidin bin Hj. Man
  13. En. Said bin Ahmad
  14. Tn. Hj. Abd. Rahman bin Lebai Hussain
  15. En. Abd. Aziz bin Ahmad
  16. En. Lebai Noh
  17. En. Bakar bin Salleh
  18. En. Abdullah bin Ayob
  19. En. Baharom bin Ahmad
  20. En. Ahmad bin Kasim
  21. En. Man bin Yusof
  22. En. Abd. Hamid bin Ibrahim
  23. En. Saad bin Ibrahim
  24. En. Hashim bin Endut
  25. En. Ramli bin Md. Din

Pada 6.1.1952, Sekolah ini telah dibuka dengan 34 orang murid. Guru Besarnya ialah Cikgu Abd. Samad bin Md. Amin dan seorang Guru Penolong Cikgu Md. Jani bin Hj. Abdullah, dalam dua darjah III.
Kira-kira dalam bulan Mei, 1955 bangunan sekolah ini telah ranap dipukul rebut. Semenjak itu murid-murid terpaksa belajar di bawah madrasah dan di soyok iaitu sebuah kedai. Sementara itu sebuah bangunan mengandungi tiga bilik darjah telah dibina dan siap dalam bulan Oktober, 1955. Orang Besar Jajahan Dindings telah merasmikan bangunan ini pada 20.10.1955 dengan dibuat sedikit upacara. Bangunan inilah yang telah runtuh dilanda rebut pada bulan Disember, 1977.
Oleh kerana murid-murid di sini telah bertambah ramai, maka pada akhir tahun 1962, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan kekal mengandungi 2 bilik darjah, 2 buah rumah guru dan sebuah kantin kecil yang masih ada hingga sekarang.
Memandangkan penduduk di sini bertambah ramai dari semasa ke semasa kerana pembukaan tanah-tanah baru, rancangan FELCRA, Kilang Perusahaan Gula Perak, Perusahaan Batu Bata dan lain-lain perusahaan, maka sebuah bangunan baru telah dirancangkan untuk didirikan bagi keperluan penduduk Kampung Kedah, Kampung Bakar Bata, Kampung Banjar dan Kampung Tengah semenjak lawatan Yang Berhormat Encik Khair Johari pada 30.05.1966 yang menjadi Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Bangunan dua tingkat ini telah mula dibina dalam pertengahan tahun 1978. terdapat 4 bilik darjah, pejabat, bilik Guru Besar, tandas dan sebuah Kantin yang semuanya bernilai RM 120,000.00. bangunan baru ini telah siap dalam bulan Febuari 1979 dan mula digunakan pada 09.03.1979.
Bekas murid-murid sekolah ini telah ada yang menjadi Pegawai Pentadbir, Guru, Kerani, Polis, Tentera dan lain-lain. Malah ada beberapa orang telah melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Universiti dan juga terdapat beberapa orang murid yang sedang menuntut di sekolah berasrama penuh.