GAMBAR KELAS 2017

GAMBAR KELAS 2017

Terkini - Pejabat Pendidikan Manjung



Thursday, March 25, 2010

Mesyuarat Agong PIBG ke 39

Tempat: Dewan Sk Gelong Gajah II
Tarikh: 25 Mac 2010
Jam: 2.30 Petang
Orang ramai dijemput hadir

Monday, March 8, 2010

Perhimpunan minggu ke 10

Pagi ini telah diadakan perhimpunan mingguan seperti biasa.Watikah perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber serta Pembimbing Rakan Sebaya selamat diadakan setelah beberapa kali ditunda atas sebab - sebab tertentu. Seramai 30 orang pengawas sekolah dilantik, 25 orang pengawas pusat sumber serta 6 orang pembimbing rakan sebaya. Diharapkan semua yang telah dilantik ini dapat menjalankan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan kepada mereka.
 
Semasa perhimpunan juga telah diadakan acara memotong kek dan juga penyerahan hadiah sempena hari lahir guru bagi bulan Januari dan Febuari bagi semua Ahli Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT).Seramai 10 orang guru yang menyambut hari lahir iaitu Pn Junaida, Pn Asmalidawati, En Kamaruzzaman, Pn Laila, Pn Wan Amnum, En Ismail (PK1), En Wan Idris, Pn Hajah Siti Romainah,(GB) , En Sofian, dan Pn Azzira. Selamat hari lahir diucapkan kepada mereka, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.